Sama ada ia tidak boleh berubah, tidak sedar perlukan perubahan, sengaja tidak mahu diubah, takut kepada perubahan, memerlukan kebenaran untuk berubah atau apa-apa saja yang berkaitan dengan perubahan atau berubah. Apa sekali pun alasannya, aku yang disini dengan tegas mengakui, ketidakperubahan itu amat menyusahkan. Seperti berada 40 tahun kebelakang walaupun 40 tahun itu tidak setara dengan umur aku sekarang.
Situasi ini amat menjenglkelkan sebenarnya tapi aku kena lalui juga.
Khamis, 26 Mei 2011
Rabu, 25 Mei 2011
Selasa, 24 Mei 2011
Cameron Highlands....
Gambar ini diambil pada 07 Mei 2011, dua hari selepas hari jadi aku. Pertama kali memandu ke Cameron Highland. Melawat ke Cameron Highlands pada waktu ini seperti bukan di Cameron Highlands. Suhunya sama seperti di Lipis.
p/s :- jangan cari aku dalam foto itu kerana aku tiada disitu...
Isnin, 23 Mei 2011
Hati Berbelah Bagi
Waktu kian hampir. Memang aku ni terlalu banyak fikir. Tiba-tiba semalam aku nekad nak tangguhkan dulu. Dalam seminggu ni boleh jadi empat kali aku boleh berubah fikiran. Tak tahu apa yang susah. Aku kena juga fikirkan kesannya terhadap struktur hidup aku kelak terutamanya kewangan. Memang sesak nanti beb... Salah satu kelemahan aku, aku tak pandai nak mintak pendapat orang lain. Kenapa?.. Entahlah. Mungkin malu, segan atau takut orang itu nanti akan memberikan pendapat yang salah.
Rabu, 11 Mei 2011
Permohonan Diterima
Permohonan untuk menyambung pelajaran secara e-PJJ Ined UiTM telah diterima....Tapi yurannya..mak ai mahal juga ye. Nampaknya kenalah juga keluarkan KWSP untuk bayar yuran pengajian. Lepas ni banyaklah pakai duit. Plan nak tukar spotrim mengunakan duit KWSP pun tak kesampaian lagi. Malas betul nak berurusan dengan KWSP tu. Kalau kat Lipis ni ada pejabat KWSP kan senang.
Tapi aku tak bagi tahu siapa-siapa lagi pasal aku nak sambung belajar ni. Mak pun tak bagitahu lagi. Rasanya lepas selesaikan semua urusan, baru nak bagitahu mak. Boleh ke macam tu.....?
Selasa, 10 Mei 2011
Terlalu Lama Berfikir
Ingin memulakan, tetapi telalu lama berfikir, sehingga idea yang ada hilang begitu sahaja. Nampaknya, aku perlu menetapkan dengan nekad apa matlamat yang sebenarnya dahulu....
Langgan:
Catatan (Atom)


