Halaman

Jumaat, 8 Jun 2012

Bersuka Ria D' Langkawi - bab 6

Hai, hai, hai.......
Assalamualaikum... (^ _^)

Seperti yang dijanjikan sebelum ni, kali ini entry mengenai gambar-gambar kat Cable Car. Tapi sebelum tu saya nak kongsi maklumat sikit mengenai kereta kabel Langkawi. Masa pergi aritu tak terfikir pun pasal maklumat-maklumat ni, sebab dah excited sangat kan. Jadi, apa kata kita sama-sama baca dulu penerangan mengenai kereta kabel ni yang saya kutip dari internet. At least dapat jugak menambahkan pengetahuankan.... (@_@).....


LANGKAWI CABLE CAR
Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Ia ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland.
Asalnya sistem pengurusan kereta kabel ini dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Namun kini, ia diselenggara dan diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) .Sistem pengangkutan kereta kabel ini dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004. Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.

Gondola

Pengunjung akan diminta masuk ke dalam gondola yang mempunyai 6 tempat duduk. Gondola ini tidak berhenti, jadi pengunjung mesti segera menaikinya dalam tempoh masa yang sesuai. Gondola ini selamat digunakan dan tidak olang-aling atau berayun. Mungkin rasa gementar sedikit ketika tiba di menara pemindahan.
Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan tingginya 650 meter dari aras laut. Pengunjung boleh menikmati keindahan puncak bagaikan dari dalam sangkar burung garuda.
Kemudian sambung perjalanan lagi 450 meter panjang ke atas dengan kereta kabel lagi untuk puncak sebenar Gunung Mat Chinchang. Pengunjung akan dapat merasai perbezaan suhu, kelajuan angin, titis hujan, kabus dan kelainan jenis pokok dari setiap ketinggian.
Di tengah-tengah perjalanan, janganlah pandang ke bawah jika rasa gayat. Walau bagaimanapun kareta kabel ini amat selamat kerana menggunakan teknologi Austria dan Switzerland.
Di puncak, terdapat pelantar tinjau dan lihatlah keindahan pemandangan  Lautan Hindi dan Laut Andaman yang luas terbentang. Pulau-pulau di selatan  Thailands juga jelas kelihatan dari sini. Pengunjung juga dapat menyaksikan pendekatan teknologi pembinaan titian gantung sepanjang 125 meter yang unik kerana alam sekitar tidak terjejas langsung atas pembinaan jambatan ini. Gunung batu kapur jelas menonjol. Suasana kemerahan semasa matahari terbenam beberapa minit di ufuk Lautan Hindi. Suhunya lebih sejuk 5' darjah berbanding suhu biasa.

Titian Gantung

Titian gantung kereta kabel Langkawi atau Langkawi SkyBridge merupakan salah satu daya tarikan yang unik di kompleks kereta kabel Langkawi. Ia siap dibina pada tahun 2004, titian gantung yang melengkung ini dibina diatas puncak Gunung Mat Chinchang. Dihubungkan dari stesen puncak, titian ini tergantung dari 82m tinggi dari tiang tunggal dan jarak dari tanah puncak adalah 100m. Titian ini unik kerana, walaupun ia tergantung tetapi ia hanya dipaut oleh tali-tali yang dinat kemas oleh sebatang tiang penahan. Selain itu, strukturnya yang melengkung dilereng puncak tanpa menjejaskan tumbuhan-tumbuhan semulajadi dibawahnya.
Panjang titian gantung ini ialah 125m sekaligus menjadikan ia diantara struktur jambatan tergantung melengkung yang terpanjang didunia.
Kaedah pembuatan jambatan/titian ini dilihat agak sukar kerana melibatkan beberapa elemen kritikal diantaranya; mengimbangkan struktur jambatan panjang yang melengkung di lereng puncak dengan hanya berpautkan pada beberapa tali keluli yang disandarkan pada tiang tunggal. Selain itu, ia melibatkan pengurusan berat yang optimal, pengedaran bahan-bahan pembinaan dan perancangan dan pemetaan tapak kukuh. Uniknya, semua kerja-kerja penghantaran bahan pembinaan ke puncak gunung hanya melibatkan helikopter sebagai medium pengangkutan dan pemindahan utama sehinggalah jambatan berjaya disiapkan sepenuhnya.

Denai hutan

Denai hutan juga disediakan kepada mereka yang mempunyai kekuatan fizikal. Trail hutan ini dari Air Terjun Telaga Tujuh berhampiran kaki Gunung Mat Chinchang. Sepanjang trail ini, pokok-pokok telah ditandakan supaya pendaki tidak sesat barat. Kem Saintis dan Kem Mat Pauh boleh digunakan untuk berehat dan berkhemah.

Telaga Tujuh

Dari kereta kabel, pengunjung dapat melihat tujuh buah air terjun di kaki bukit. Airnya putih jernih, mengalir bertingkat-tingkat atau bertangga-tangga.

Dah baca? bagus-bagus....
Sekarang barulah boleh enjoy the pic.....(◕‿-) !!!...

pose kat sini dulu....

Tempat ape ni...rumah Mat Cincang kut...

masa ni semua berkejar-kejaran nak ambik gambar...

pose ngan tiket sebagai bukti nak naik cable car...


pic ngan mem kita orang..

Seronoknyer pakcik 2 orang nie...






"ishhh...tinggi ni...biar betul...." kata Mat Deris yang dah mula takut
"takpa-takpa, biaq aku snap gambaq sat" Aizad pulak menyampuk
"weh, kawe raso nak pitam lah, lagu mano ni.." Ed bersuara sambil terketar-ketar..
3 orang jejaka ni dilanda perasaan gerun dan gayat ketika gondola mula bergerak.....
 tapi tak boleh nak patah balik dah beb..
* hahahha jangan marah daaaa, (dialog sekadar hiasan... (>_<)...)*


Tangan sape lah tu...takut kerrr...


panorama indah dari dalam gondola.....







....bagai menikmati keindahan alam dari sangkar burung garuda..
( aku cilok ayat kat atas..hehehe)





pemandangan indah dari puncak gunung. tapi tak pasti ni Lautan Hindi atau Lautan Andaman..
*cantik sungguh ciptaan Allah*


ade gaya jurukamera profesional tak...huanghuanghuang....

nampak tak kereta kabel kat tengah-tengah tu...kalau tengok memang gerun beb...


Masa tu hari dah petang, kabus tebal dan angin kuat...memang terasa kedinginannya..

"duduk lah setan, aku dah lah takut nie" kata Kak Za kat Aizad yang tengah excited snap gambar
*hahahahah*


Ni titian gantung....ada bran....
huhh...kecut perut...



tetap senyum walaupun gerun

turun dari gondola dan menuju ke puncak gunung Mat Cincang

sambung perjalanan..



bergambar dengan minah salleh kat puncak gunung

mengabadikan kenangan di puncak Gunung Mat Cincang
*buat rosak gambar tul lah budak kasut oren tu*






kak Fara dan her daughter, Nureen..so sweet ♥♥


Best tak....
Memang best giler lah...
apa lagi pergi pulak dengan geng-geng dah dah sedia giler....hahahaha.. (jgn marah, gurau je)...(^_^)

Naik cable car last aktiviti kita orang hari ni. Selepas tu kita orang semua dah keletihan. Dah tak berdecit dah dalam bas masa otw balik ke motel. Masing-masing duk melayan perasaan sendiri, terutama kak za.....hahahah...

Malam tu sebelum rest..kita orang pergi last shopping..beli coklat kat Langkawi Saga...Perghh borong coklat habis-habisan...Lepas makan, balik bilik kemas barang dan zzzzzz...

Besok pagi-pagi kena angkut barang, nak balik dah ni. Pic-pic kita orang masa berangkat balik ke Lipis....tunggu di enrty yang terakhir....

Bye-bye... (@_@)... 


♥ ♥ ♥ ♥ ♥
  Miss Jue MieAh...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan