Halaman

Jumaat, 23 Mac 2012

Baru-baru ini.....

Hai,

Dah lama tak meluahkan perasaan kat sini kan. Rasanya last post sempena tahun baru 2012 ari tu. Kenapa? Entah, saja je malas.....

Okey, sebenarnya kali nie nak citer satu perkara yang baru aku tahu. Lebih tepat lagi sebenarnya seseorang yang baru aku kenal. Aku memang ketinggallan dalam bab kenal mengenal manusia ni.So macammana aku boleh 'termengenal' dia? Meh nak citer..

Emmm...macam nie, aku ada baca sebuah novel. Novel apa dan siapa penulisnya tak payah bagitau lah. Dalam novel, penulis ada mengambarkan salah satu watak wanita dalam novel tersebut rupanya macam Audrey Hepburn. Jadi aku pun terpenasaran siapa itu Audrey Hepburn? Biasanya penulis novel nie suka gambarkan kecantikan watak dalam novelnya macam artis. Penyanyi ke, pelakon ke. Jadi, dengan mudahnya aku simpulkan Audrey Hepburn itu adalah artis walaupun aku tak tahu dia artis dari ceruk mana. Ok habis sampai situ. Oppss satu lagi, aku simpulkan jugak, Audrey Hepburn nie artis zaman sekarang yang mungkin agak popular di dunia indie antarabangsa sebab dalam 'dunia atas tanah' aku tak pernah jumpa pun makhluk nie. Aku agak-agak cam tu jelah...

Selepas beberapa ketika,... ( beberapa bulan kalau lebih tepat lagi).........
Aku baca lagi sebuah novel, dan didalam novel itu juga ada menyebut tentang Audrey Hepburn. Kepanasaranku kembali menyerang. Aduii.... popular benar Audrey Hepburn ni ya. Dalam novel tu mengambarkan hero dan heroinnya sama-sama meminati 'artis indie' tersebut. Satu lagi kesimpulan yang aku dapat, Audrey Hepburn nie agaknya memang popular di kalangan penulis-penulis novel generasi baru. Jadi, (banyak betul perkataan jadi dalam post aku ni) ini menguatkan lagi andainya ku yang Audrey Hepburn memang artis indie zaman sekarang yang popular, masih muda dan cantik serta penuh dengan nilai artistik.

Tetapi al kisahnya pada hari ini....
Aku dengan senang hatinya cuba mencari rupa sebenar wajah 'artis indie' ciptaan aku ni di google. Dan dengan sepenuh hatinya aku terperanjat bahawasanya Audrey Hepburn ini sebenarnya........





INI......!!!!!......

Oh tidak....kenapa aku ditipu sebegini....Sedihhhhhhh....

Fakta yang aku copy paste tentang  Audrey Hepburn :-

Died:

(age 63) in Tolochenaz, Switzerland
 
Nenek nie dah mati weh.....uuwaahhhhh 


Apesal old fasion betul penulis-penulis generasi baru nie....ade ke patut nenek yang dah mati nie.....
Sungguh-sungguh aku tertipu dengan menjangka Audrey Hepburn artis indie zaman sekarang yang masih muda belia....rupa-rupanya pelakon zaman 60an!.....yang dah mati pun.....Aku ni memang buta seni hiburan antarabangsa betul lah......hihihihi...

Ape-ape hal pun, satu perkara yang best tentang mendiang 'nenek' nie :- bday dia sama dengan bday aku lah..huhuhuhu...( tapi tahun tak sama lah)...

Hrmmmmm begitulah AKU nie...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan